Saturday, June 1, 2013

TAMADUN HWANG HO

Latar Belakang
Tamadun awal China telah wujud di Lembah Sungai Hwang-Ho atau Lembah Sungai Kuning pada tahun kira-kira 5000 SM . Lembah Sungai Hwang-Ho ini mempunyai tanah loes yang subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian . Bukti yang menunjukkan kewujudan Tamadun Hwang-Ho ini ialah perjumpaan manusia homo sapien Cina di Sze-Chuan dan Yang-Tze. Selain itu, manusia Peking juga ditemui dan dipercayai bahawa manusia ini hidup hampir 500,000 tahun dahulu. Kerajaan Shang wujud pada zaman ini tetapi asal-usulnya kabur. Namun begitu, Kerajaan Shang ini dipercayai bermula antara tahun 1700-1600 SM dan berakhir pada tahun 1122-1100 SM. Lembah Sungai Hwang-Ho terletak di lembah sungai Hwang Ho atau atau Sungai Kuning utara China . Ciri-ciri fizikalnya yang bergunung-ganang dan berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat . 

Lokasi Tamadun Hwang Ho


Ciri-ciri

Pembentukan Bandar

Penduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho sesuai untuk pertanian. Mereka mendirikan perkampungan tetap di sana. Penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang , mengumpul hasil hutan dan memburu . Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Tapak Banpo yang berhampiran bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho . Contoh bandar atau negara kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Changgan dan sebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan tembok telah dibina untuk melindungi bandar tersebut.







Kerangka Masa 


Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205 - 1766 S.M.. Namun , belum ada bukti sejarah yang dapat mengesahkan kewujudan Dinasti Hsia ini sebagaimana Dinasti Shang yang telah dapat dibuktikan kewujudannya melalui jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya pada sekitar tahun 1766 - 1050 S.M.. Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shangg muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang yang bernama Zhou Hsin . Ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei di bahagian barat mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan menggantikan pemerintahan Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M. hingga tahun 256 S.M.. 


Wujudnya Organisasi Sosial

Dalam organisasi sosial Tamadun Hwang-Ho, Raja menduduki hierarki yang tertinggi dalam masyarakat Cina. Di bawahnya, terdapat golongan bangsawan , pembesar dan pengawai , mereka merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas bangsawan , pembesar dan pengawai , terdapat golongan petani artisan , pedagang . Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba . Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang  



Perkembangan Teknologi

Sains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju sejak Dinasti Shang dan bertambah maju pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.

Jed

Tembikar 

Wang 




Pengkhususan Kerja

Raja dianggap sebagai anak tuhan iaitu Tian Zhi, maka baginda berkuasa memerintah negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga merupakan "Tuan Tanah" dan bangsawan pula merupakan "Penyewa Tanah". Golongan bangsawan akan dianugerahkan sebuah wilayah untuk ditadbir secara mutlak dan sebahagian hasil yang diperolehi akan diserah kepada raja. Golongan bangsawan ini juga mewujudkan sistem pemerintahan birokrasi di bahagian pusat di mana jabatan-jabatan seperti kewangan, pasukan bersenjata, undang-undnag diwujudkan. Di antara kurun ke-8-3 SM, golongan ini menjadi terlalu kuat dan kerajaan pusat tidak lagi berupaya mengawal kuasa mereka. Golongan petani pula bekerja sebagai pencucuk tanam ataupun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan diserahkan sebahagian kepada bangsawan sebagai cukai. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masing-masing menjalankan kewajipan mereka mengikut kemahirannya.



Wujudnya Kepercayaan

Mengenai Tamadun Hwang-Ho, mereka mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeime dan pemujaan terhadap nenek moyang . Mereka percaya nenek moyang mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka. Apabila mereka hendak mendapat mertolongan daripada nenek moyang, mereka akan menggunakan tulang nujum. Tulang nujum ini akan diukir dengan beberapa soalan dan kemudian dihempaskan. Berdasarkan retak-retak atas tulang, mereka akan membuat ramalan. Selain daripada pemujaan nenek moyang, mereka juga menyembah Tuhan Shang Ti, tuhan matahari, tuhan bulan, tuhan angin dan sebagainya. Upacara penyembahan diketuai oleh golongan bomoh dan melibatkan permainan muzik , tarian dan upacara korban . Bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle meletakkan di atas unggun api sehingga timbul rekahan untuk meramalkan dan mentafsir sesuatu kejadian . 


 
Tulang Oracle 


Wujudnya Bahasa dan Tulisan

Sejak zaman Dinasti Shang, sistem tulisan dalam bentuk gambar yang melambangkan sesuatu perkara atau benda telah wujud. Tulisan ini menggunakan idea abstrak. Terdapat lebih kurang 3,000 simbol ini kekal selama 3,500 tahun sehingga masa kini. Bentuk tulisan ini dipanggil ideogram. Ia ditulis secara menegak dalam lajur-lajur kecil. Jurutulis yang mahir menulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu dan sebagainya. Contoh bentuk tulisan ideogram ialah 山 yang mewakili bukit dan 日 yang mewakili matahari.


Ideogram 



Sumbangan

Sistem Pemerintahan 

Dari segi politik, tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno. Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching. Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja. Konsep anak syurga danmandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.


Cop mohor maharaja.
Aspek ekonomi

Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan. Sejak zaman awal Dinasti China terutama zaman Dinasti Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. 
Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Dinasti Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut . Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini juga petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.


Keadaan peperiksaan awam.


Wujudnya sistem peperiksaan awamdalam tamadun China dan adalah tertua di dunia.Terdapat tiga peringkat pendidikan dalam sistem pendidikan tamadun China iaitu pendidkan rendah , menengah dan tinggi.Peperiksaan mengandugi tiga tahap. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada era moden ini.

Sistem Tulisan dan Perbahasan



Salah satu sumbangan penting tamadun ini ialah sistem tulisannya. Sistem tulisan yang berbentuk simbol ini berkembang secara evolusi dan masihdigunakan oleh orang China sehingga hari ini. Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan. Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China. Malahan tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun. Perkembangan bahasa dalam tamadun China adalah kurang jelas tetapi  tujuh dialek utama yang digunakan oleh orang-orang Cina sehingga hari ini iaitu Mandarin, Kantonis, Fukien, Hakka, Hunanis, Wu dan Kiangsi.

Falsafah

Patung Confucius di Hunan.
  • Falsafah China memberi penekanan kepada hal berkaitan manusia- hubungan manusia antara satu sama lain.
Antara sumber falsafah China termasuklah Kung-fu Tze /Confucius (Confucianisme), Lao Tze (Taoisme) dan Mo Tzu / Motze / Mencius.


Agama dan Kepercayaan

Salah satu kepercayaan yang masih b
erkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyangUnsur pemujaan yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa. MisaInya, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barangan perhiasan



Konsep Yin Yang



 Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.


Sistem Kalendar


Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun. Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai. Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengkebumian .



Peninggalan Karya Sastera



Lakaran Li Po
Terdapatnya banyak sajak, cerpen tradisional, rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan maklumat geografi dalam tamadun ini. Kebanyakan sumber sastera ini dapat digunakan sebagai sumber sejarah dan pendidkan. Shih Chi, karya Ssu-ma Chien yang banyak menceritakan sosial, sejarah, kerajaan, pemimpin dan beberapa aspek ilmu pengetahuan telah mempertingkatkan bidang sastera prosa pada Dinasiti Han. Dalam bidang puisi pula muncul tokoh-tokoh penting seperti Tu Fu, Li Po dan Po Chu-I.


Falsafah Perang






Selain itu, terdapat satu lagi sumbangan penting tamadun ini yang cuba digunakan sehingga hari ini, iaitu pengamalanfalsafah perang Sun Tzu. Karyanya, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menyerang musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa. Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

 
Teknologi Pembinaan dan Penciptaan


Kuil Pagoda ChinaSeni bina tamadun Hwang Ho agak berlainan dengan tamadun lain, dan inilah yang membuatkannya istemewa.
Pembinaan Tembok Besar China yang sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking merupakan antara tujuh keajaiban dunia. Antara pembinaan lain ialah istana besar Kota Larangandan Kuil Pagoda . Penciptaan kolar kuda yang dapat berfungsi secara efektif (kuda dapat menarik beban yang seberat 1.5 tan tanpa dilemahkan atau dicekik) juga merupakan sumbangan penting tamadun ini . Sistem penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.


Kota Larangan China

  • Penciptaan cangkul, sabit, kertas dan tembikar(China- pasu) juga merupakan sumbangan tamadun ini.



      4 comments: